‘Ini mesej terakhir aku, jangan mesej aku, kalau tok tua (mentua) aku tau, mati aku’…menyesal kahwin dengan myanmar

‘Ini mesej terakhir aku, jangan mesej aku, kalau tok tua (mentua) aku tau, mati aku’…menyesal kahwin dengan myanmar

Kota Bharu: ‘Ini mesej terakhir aku, jangan mesej aku, kalau tok tua (mentua) aku tau, mati aku’… Itu mesej terakhir yang dihantar Norsuhaya Mat Nassir pada Januari lalu kepada kakaknya, Norsuhaida yang berada di Kuala Lumpur.

Norsuhaya, 23, kini hidup serba daif dan ketakutan bersama anaknya berusia dua tahun di Myanmar selepas melarikan diri dari rumahnya di Kampung Panai Mek Mas, Kuala Besar lebih tiga tahun lalu.

Norsuhaida, 25, berkata, itu kali terakhir adiknya menghantar mesej selepas empat bulan mereka sekeluarga mengetahui adiknya berada di Myanmar mengikut suaminya.

“Suhaya meminjam telefon jirannya di negara berkenaan. Ini kali ketiga Suhaya menghantar mesej dan kali pertama dan kedua pada Oktober tahun lalu apabila Suhaya memaklumkan dia kini berada di Myanmar dan hidup susah.

“Berdasarkan mesej Suhaya, saya yakin adik hidup dalam ketakutan terutama kepada keluarga suaminya sehinggakan dia memaklumkan akan mati sekiranya keluarga mentuanya tahu dia berhubung dengan kami.

“Malah, laporan yang keluar dalam Harian Metro sebelum ini turut diketahui keluarga suami Suhaya kerana ada saudaranya bekerja di Kuala Lumpur dan mungkin memaklumkan berita itu kepada mereka di sana,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

LAPORAN Harian Metro, 1 November lalu.

Norsuhaya yang juga anak kedua daripada lima beradik melarikan diri akibat perselisihan faham dengan keluarganya sejak November 2014 bersama lelaki bukan Islam yang dikenali sebagai King berusia 20-an.

Keluarganya ketika itu menyangkakan Norsuhaya berada di Kuala Lumpur sebelum terkejut menerima mesej daripada wanita berkenaan yang memaklumkan berada di Myanmar dan meminta RM4,500 untuk kos pulang ke Malaysia.

Norsuhaya turut memaklumkan dia dan anaknya tidak makan nasi hampir dua minggu kerana tiada wang, dan hanya mengisi perut dengan jagung serta sayur. Wanita itu juga meminta keluarganya di Kelantan menolongnya supaya dia dan anaknya dapat pulang ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Norsuhaida berkata, dia dan keluarga kini hanya mampu berdoa supaya adiknya hidup dalam selamat dan tidak diapa-apakan.

About the Author

error: Content is protected !!