Selepas disingkirkan UMNO & diganti Ustaz Samsul Debat ini luahan Isa Samad

Selepas disingkirkan UMNO & diganti Ustaz Samsul Debat ini luahan Isa Samad

Selepas disingkirkan UMNO & diganti Ustaz Samsul Debat ini luahan Isa Samad

Selepas disingkirkan UMNO & diganti Ustaz Samsul Debat ini luahan Isa Samad  | PORT DICKSON: Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Isa Samad, menafikan khabar angin mendakwa beliau merajuk dengan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) kerana tidak mencalonkannya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ditemui ketika majlis pelancaran bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) N33 Sri Tanjung di Jalan Pantai di sini, hari ini, Mohd Isa berkata, beliau tidak mempunyai sebab untuk berasa terhina dengan keputusan dibuat pucuk pimpinan parti itu.

“Sudah pasti setiap orang di dalam parti mahu menjadi calon, namun akhirnya, kita perlu hormati keputusan dibuat pemimpin tertinggi parti.

“Saya dicalonkan bertanding dan menjadi wakil rakyat sejak 1978. Hanya kerana tidak dicalonkan kali ini, adakah adil untuk saya menyalahkan pucuk pimpinan parti,” katanya yang ditemani isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan anak lelakinya yang juga Ketua Pemuda UMNO Telok Kemang, Mohd Najib.

Beliau memberi jaminan akan terus menyokong calon BN yang bertanding di Parlimen Port Dickson pada PRU-14 nanti.

“Kami lebih kuat dan tiada apa yang dapat memisahkan kami sekarang. Saya juga kerap turun padang sejak beberapa bulan lalu untuk membantu masyarakat.

“Semua masalah dalaman membabitkan parti komponen juga sudah diselesaikan. Saya yakin BN akan menang di sini pada PRU-14,” katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

Hadir sama, calon BN bagi kerusi DUN Sri Tanjung, R Thinalan yang juga Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan dan calon Parlimen Port Dickson, Datuk VS Mogan yang juga Ketua Penerangan MIC Kebangsaan.

Ditanya khabar angin beliau mahu meletak jawatan dalam parti selepas namanya digugurkan pada PRU-14, Mohd Isa turut menafikannya dan berkata itu adalah gurauan nakal pihak tidak bertanggungjawab.

“Pada saya, sesiapa yang meninggalkan parti selepas nama tidak dicalonkan, mungkin perjuangan mereka selama ini bukan demi parti, sebaliknya untuk diri sendiri.

“Ini bukan perjuangan individu, ini adalah peperangan yang kita perlu tempuhi bersama sebagai satu pasukan,” katanya.

About the Author

error: Content is protected !!