Siti Nurhaliza Kongsi Foto Terbaru Tampil Lebih Langsing, Dah Turun 17.5 KG Pada Hari Ke-37 Berpantang

Siti Nurhaliza Kongsi Foto Terbaru Tampil Lebih Langsing,  Dah Turun 17.5 KG Pada Hari Ke-37 Berpantang

Selepas 37 hari menjalani tempoh berpantang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mendedahkan penurunan berat badannya.

Tinggal lagi seminggu sebelum menamatkan pantang, melalui entri terbaru di instagram Siti berkongsi dia sudahpun berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17.5 kg secara keseluruhannya.

Meskipun penurunan agak banyak namun isteri kepada Datuk Khalid Jiwa menyasarkan mahu menurunkan lebih banyak lagi.

“Hari ini Aafiyah & ibu checkup sekali.. apa yang tragis harini ialah bila Aafiyah kena ambil darah, ibu yang menangis. Alhamdullillah, semuanya baik dan ibu total turun berat sekarang 17.8kg. Banyak lagi kena turun ni,”tulis Siti dalam posting terbaru di instagram @CTDK.

Siti Nurhaliza Kongsi Foto Terbaru Tampil Lebih Langsing,  Dah Turun 17.5 KG Pada Hari Ke-37 Berpantang

Dalam pada itu Siti turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau membuat pemeriksaan selepas bersalin hari ini yang menunjuk penampilannya yang lebih langsing berbanding sebelum ini.Beliau yang turut membawa anaknya Siti Aafiyah kelihatan ayu dengan kaca mata walaupun hanya berkemeja tanpa solekan mampan.

Siti Nurhaliza Kongsi Foto Terbaru Tampil Lebih Langsing,  Dah Turun 17.5 KG Pada Hari Ke-37 Berpantang

Siti Nurhaliza Kongsi Foto Terbaru Tampil Lebih Langsing,  Dah Turun 17.5 KG Pada Hari Ke-37 Berpantang
Rahsia berat badan cepat turun
Terdahulu Siti berkongsi bahawa antara faktor yang menyebabkan berat badannya cepat turun adalah kerana penyusuan ibu yang dilakukan.

Selain itu selama tempoh berpantang Siti juga mengambil khidmat pakej berpantang bertaraf lima bintang dari Natalis Mother Care.

Pakej ini bukan saja merangkumi berurut, bertungku tapi juga menawarkan hidangan berpantang. Selain itu dua pekerja disediakan untuk menjaga Siti dan bayi pada waktu malam.

Terbaiklah pakej pantang Siti ni, memang patut pun boleh kurus!

 

Sumber: ctdk & www.mstar.com.my

About the Author

error: Content is protected !!